The Magical Pixel

Jangan sekadar ambil gambar, tapi cipta gambar!

by Rejim on Jan.07, 2010, under Just a story

Infidelity

Gambar dari siri "Infidelity"

Seringkali rakan rakan melontarkan soalan kepada saya berkenaan bagaimana saya menghasilkan gambar?

Untuk orang veteran dalam fotografi, ini mungkin soalan mudah dan apa yang saya ingin kongsikan ini mungkin perkara lapuk, namun suka saya untuk berkongsi dengan mereka yang masih baru agar menjadi panduan dan dapat membantu mereka menghasilkan karya.

“Jangan sekadar ambil gambar, tapi cipta gambar!” ini ayat tok guru landscape fotografi saya iaitu Dr.Ali (2121studio.com). Kalau dalam bahasa inggeris ayatnya berbunyi “Dont just take picture but make picture”. Ayat ini sekiranya anda renungkan dalam dalam, ia akan menyebabkan anda susah untuk mengambil gambar.. :) Saya pernah lihat pada t-shirt sorang kawan tertulis “Shoot first, think later..” ini adalah falsafah sonsang bagi saya yang pernah menuntut dengan Dr.Ali.

Kenapa saya katakan sonsang? kerana untuk menghasilkan sebuah karya seni tidak kira dalam format lukisan, arca atau gambar, seseorang artis itu perlu berfikir tentang bagaimana karya itu akan terhasil, adakah ia akan cliche dengan karya yang sedia ada? bagaimana karya itu ingin dipersembahkan kepada umum? dari angle mana? dan berbagai lagi. Oleh itu, macamana ia boleh dipanggil hasil seni sekiranya ia dibina tanpa berfikir.

Lagi seorang guru saya ialah Dr.Jamal (tembeling.com). Dengan beliau saya belajar mengenai ketekunan dalam menghasilkan gambar. Sekiranya saya keluar outing bersama dengan beliau, beliau tidak akan berganjak dari shoot satu subjek sehingga beliau mendapat gambar yang beliau inginkan. Yang menariknya bila subjek beliau adalah serangga yang bergerak pantas dan sering melarikan diri dari pancaran flash. Dalam menghasilkan gambar yang baik, anda perlu tekun dan membuat banyak variasi gambar agar kemudian mudah untuk anda memilih yang mana yang terbaik.

Alam Fantasi Tenun

fantasi Tenun Pahang Diraja

Kemudian satu perkara yang paling penting ialah cara berkomunikasi. Anda mesti menguasai cara berkomunikasi yang baik untuk menghasilkan gambar yang baik. Saya pernah mengikuti satu outing bersama rakan rakan dimana kami telah singgah diperkampungan orang asli. Jika hendak candid gambar orang asli memang mudah sekiranya mereka sudah biasa dengan kamera. Ada antara rakan yang cuba berkomunikasi dengan cara bergurau, berbual, meminta dengan baik dan mereka menghasilkan gambar yang baik. Namun ada juga rakan yang sangat teruk cara berkomunikasi apabila orang asli dipanggil dengan “heh.. heh” saja dan arahan yang diberikan kepada orang asli untuk memandang kamera beliau kedengaran kasar bunyinya.

Jika anda bercadang untuk mendapatkan gambar yang baik, belajarlah berkomunikasi dengan baik. Fahami hati budi dan kesesuaian subjek anda.

Kembali kepada soalan rakan saya kepada saya, bagaimana saya menghasilkan karya saya?

Satu aspek yang paling penting dalam penghasilan gambar saya ialah pengurusan. Sebelum satu sessi fotoshoot saya jalankan, bukan sahaja saya perlu memikirkan konsep gambar yang hendak dihasilkan malah saya perlu memikirkan pakaian, prop, lokasi, model dan effect bagaimana akan saya gunakan sewaktu post processing. Pertama sekali ialah Idea atau konsep atau tema yang hendak digunakan. Sebagai contoh, saya mahu membina gambar Lanun laut. Gambar bagaimanakah yang saya ingin hasilkan? lanun diatas darat? Lanun dengan peti besi? Lanun sedang berperang? Baik, kita pilih Lanun yang menjumpai peti besi berisi harta karun. Kedua ialah pakaian dan prop. Dimana saya mahu cari pakaian seperti lanun? senjata? Aksesori? kemudian propnya ialah peti besi. Peti besi mana akan saya gunakan? sesuaikah peti besi yang ada dengan konsep cerita? Ketiga, model yang saya gunakan. Siapa dia? sesuaikah wajah mereka? kulit putih? hitam? atau kuning? Kemudian make-up mereka? siapa yang nak menyolek mereka?

Akhir sekali saya akan fikirkan tentang computer effect yang akan saya gunakan pada gambar nanti.

Jadi anda boleh lihat. Kerja ini bukan kerja seorang diri. Anda perlukan pasukan. siapa dalam pasukan anda? Jurugambar, Penata Cahaya, jurusolek dan model. sekurang kurangnya anda ke satu sessi photoshoot, anda perlu rancang dengan 4 orang ini. Dan 4 orang ini bukan mudah untuk berkumpul dan berbincang, jadi anda perlukan sekurang kurangnya 3 hari sebelum tarikh photoshoot untuk merancang lokasi, prop dan sebagainya.

Jadi, apabila anda bersungguh sungguh begini, maka gambar yang akan terhasil akan menjadi baik. Kerana gambar itu dlam kawalan anda dan dalam seliaan anda luar dan dalam. Oleh itu, bermula dari hari ini, jika anda ingin cipta satu gambar, sediakan pasukan anda dan binalah gambar yang terbaik! dan apabila post gambar di internet, jangan lupa letak credit kepada ahli pasukan anda. :) peace!

No comments for this entry yet...

Leave a Reply

Looking for something?

Use the form below to search the site:

Still not finding what you're looking for? Drop a comment on a post or contact us so we can take care of it!

Visit our friends!

A few highly recommended friends...